la vida de Shaffinaz

 Refleksi Pelajar

Nama: Nurul Sharifah Shaffinaz binti Roni

No. ID: IDI22-03-005

Kelas: DEC2E

Kesihatan secara umumnya bermaksud bebas daripada sebarang penyakit yang memerlukan rawatan dan ubat, manakala cergas pula ialah kemampuan untuk melakukan kerja harian tanpa rasa cepat penat. Malah orang yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai tenaga tambahan untuk melakukan kerja yang di luar jangkaan atau di luar kebiasaan. Sebarang aktiviti fizikal atau senaman yang dilakukan amat bermanfaat kepada kesihatan.

Dengan adanya subjek kesihatan dan kecerdasan pada semester ini, saya dan rakan sekelas sedikit sebanyak dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama. Kami belajar bagaimana untuk melakukan aktiviti pemanasan badan yang betul. Rupa-rupanya, jika kita melakukan pemanasan badan dengan tidak tepat, kita berisiko untuk berasa sakit-sakit badan yang berpanjangan selepas aktiviti sukan. Perkara ini membuka mata saya untuk mengambil berat tentang aktiviti pemanasan badan pada masa akan datang.

Saya juga membuat pembentangan tentang kepentingan derma darah. Secara tidak langsung, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya berkenaan kepentingan derma darah. Ini membuka mata saya dan kawan-kawan untuk bersama-sama turun padang untuk menderma darah apabila ada kesempatan.

Dengan sukacitanya, saya amat berterima kasih kepada pensyarah subjek ini, Puan Asyikin dan rakan seperjuangan saya kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan dengan penuh jayanya. Tanpa mereka, saya tidak mampu untuk menempuh onak dan duri dalam menyiapkan tugasan ini.

Comments